Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 31 - 40

Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 31 - 40

<a href="https://ibnuathaillahassakandari.blogspot.com">   <img src="al-hikam.png" alt="">   <strong> al-hikam.png</strong> </a>


Al Hikam 31

Mereka yang sedang mengembara kepadaNya memperolehi petunjuk dengan cahaya-cahaya pemalingan wajah kepadaNya, sedangkan mereka yang telah sampai pula memiliki cahaya-cahaya berhadapanan denganNya.

Maka golongan yang pertama adalah dimiliki oleh cahaya- cahaya itu, sedangkan mereka (yakni golongan yang kedua pula) adalah pemilik cahaya-cahaya itu, kerana mereka adalah milik AllÁh sahaja dan bukan milik sesuatu pun selain daripadaNya.

"Katakanlah "Allah", kemudian tinggalkanlah mereka tenggelam di dalam permainan." (Mafhum dari Sirah al-An Am ayat 91.)

Al Hikam 32

Hasratmu untuk mengetahui keaiban-keaiban batin dirimu sendiri adalah lebih baik daripada hasratmu untuk mengetahui perkara-perkara ghaib yang dihijabkan daripadamu.

Al Hikam 33

Tiadalah terhijab Yang Maha Benar (yakni AllÁh) daripada dirimu. Yang terhijab adalah dirimu daripada dapat memandang kepadaNya.

Andaikata ada sesuatu menghijabNya, apa yang menghijabNya itu akan menutupiNya. Dan andaikata ada satu penutup bagiNya, kewujudanNya akan dihadkan. Dan apa yang menghadkan bagi sesuatu perkara, maka ia adalah berkuasa di atas perkara itu. Dan Dia pula adalah Yang Maha Berkuasa di atas segala hambaNya.

Al Hikam 34

Keluarkanlah daripada sifat-sifat kemanusianmu setiap sifat yang berlawanan dengan kehambaanmu agar engkau dapat menyahut panggilan Yang Maha Benar (yakni AllÁh) dan menjadi dekat kepada kehadiranNya.

Al Hikam 35

Punca bagi setiap kemaksiatan, kelalaian dan syahwat ialah meredai nafsu.

Dan punca bagi setiap ketaatan, kesedaran dan penahanan diri (yakni dapat menahan diri daripada berakhlak dengan setiap akhlak yang buruk) ialah tidak meredai nafsu.

Dan bahawa engkau bersahabat dengan seorang jahil yang tidak meredai nafsunya itu adalah lebih baik bagimu daripada engkau bersahabat dengan seorang ‘Álim yang meredai nafsunya.

Kerana, ilmu manakah [yang dapat dinisbahkan] kepada seorang ‘Álim yang meredai nafsunya, dan kejahilan manakah [yang dapat dinisbahkan] kepada seorang jahil yang tidak meredai nafsunya?

Al Hikam 36

Sinaran al-baÃÏrah (yakni cahaya dari penglihatan mata hati) mempersaksikan kepadamu akan kedekatanNya denganmu.

Dan esensi al-baÃÏrah (yakni penglihatan mata hati itu sendiri) mempersaksikan kepadamu akan ketidakwujudanmu kerana kewujudanNya.

Dan Ëaqq al-baÃÏrah (yakni kebenaran dari penglihatan mata hati itu pula) mempersaksikan kepadamu akan kewujudanNya [semata-mata], bukan ketidakwujudanmu dan bukan juga kewujudanmu.

Al Hikam 37

AllÁh telah sedia ada dan tiada sesuatu bersamaNya. Dia kini adalah sebagaimana yang Dia telah sedia ada (yakni tiada sesuatu pun bersamaNya).

Al Hikam 38

Janganlah engkau menjadikan niat aspirasimu kepada yang lain daripadaNya, kerana Yang Maha Pemurah itu tiada dapat dilangkahi Dia oleh segala cita-cita.

Al Hikam 39

Janganlah engkau meminta kepada yang lain daripadaNya untuk mengangkatkan sesuatu hajat [daripada dirimu yang] Dia sendiri telah mendatangkannya (yakni hajat itu) ke atasmu.

Bagaimanakah sesiapa pun selain daripadaNya dapat mengangkatkan apa yang Dia sendiri telah meletakkannya?

Sesiapa yang tidak berupaya untuk mengangkatkan sesuatu hajat daripada dirinya sendiri, maka bagaimanakah dia berupaya untuk mengangkatkannya bagi orang lain?

Al Hikam 40

Jika tiada engkau bersangka baik terhadapNya kerana kebaikan sifatNya, maka bersangka baiklah engkau terhadapNya kerana [kebaikan] urusanNya denganmu.

Adakah pernah Dia membiasakan [sesuatu] kepadamu melainkan [sesuatu itu pada hakikatnya adalah] kebaikan belaka?

Dan adakah pernah Dia menganugerahkan [sesuatu] kepadamu melainkan [sesuatu itu pada hakikatnya adalah daripada] pengurniaan-pengurniaan [yang baik] belaka?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 31 - 40"

Posting Komentar