Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 211 - 220

 Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 211 - 220

<a href="https://ibnuathaillahassakandari.blogspot.com">   <img src="al-hikam.png" alt="">   <strong> al-hikam.png</strong> </a>


Al Hikam 211

Tiadalah ketaatanmu akan memanfaatkanNya dan tiadalah pula kemaksiatanmu akan memudaratkanNya. Sesungguhnya, Dia telah memerintahkan kepadamu dengannya (yakni dengan segala suruhanNya) dan melarangmu daripadanya (yakni daripada segala tegahanNya) kerana ia (yakni kebaikan-kebaikan di dalam menuruti segala suruhanNya dan menjauhi segala tegahanNya) akan kembali kepada dirimu sendiri.

Al Hikam 212

Tiadalah penghadapan orang yang menghadap kepadaNya akan menambahkan kemuliaanNya, dan tiadalah pemalingan orang yang berpaling daripadaNya akan mengurangkan kemuliaanNya.

Al Hikam 213

Sampainya engkau kepada AllÁh adalah sampainya engkau kepada pengetahuan mengenaiNya.

Dan jikalau tiadalah yang demikian, Tuhan kita adalah Terlalu Agung (yakni adalah mustahil untuk dikatakan) bahawa berhubung kepadaNya sesuatu atau berhubung Dia kepada sesuatu.

Al Hikam 214

Kedekatanmu denganNya ialah keadaan engkau menyaksikan kedekatanNya. Dan jikalau tiadalah yang demikian, dari manakah engkau dan kewujudan kedekatanNya (yakni dari segi manakah engkau boleh mengatakan bahawa engkau dekat denganNya)?

Al Hikam 215

Ketika berlaku keadaan at-tajallÏ (manifestasi ketuhanan), hakikat-hakikat itu akan datang [kepada hatimu] secara ringkas (yakni secara singkat sahaja dan tiadalah ia terperinci).

Setelah ia terhimpun (yakni setelah ia disedari atau tertangkap ia di dalam hatimu), barulah akan berlaku penerangan [yang lebih terperinci] baginya. [Ia adalah seperti mafhum SÍrah al-QiyÁmah ayat 18-19]

"Maka apabila kami membacanya, ikutilah bacaannya sesudah itu, di atas Kamilah penerangannya."

Al Hikam 216

Ketika datang kepadamu al-wÁridÁt al-ilÁhiyyah (curahan- curahan rohani yang dibangsakan kepada ketuhanan), ia akan menghancurkan kebiasaan-kebiasaan dirimu. [Ia adalah sebuah perkara yang bersesuaian dengan mafhum SÍrah an-Naml ayat 34]

"Sesungguhnya raja-raja, apabila mereka memasuki sebuah qaryah (kampung atau negeri) akan merusaknya."

Al Hikam 217

Al-wÁrid datang daripada Kehadiran Keperkasaan. Maka kerana itu, tiadalah ia bertembung dengan sesuatu melainkan ia akan memusnahkannya. [Ia adalah seperti mafhum SÍrah al- AnbiyÁ’ ayat 18]

Bahkan Kami melontarkan yang hak ke atas yang batil, lalu ia memusnahkannya. Maka ia (yakni yang batil itu) pun lenyap."

Al Hikam 218

Bagaimanakah [boleh dikatakan bahawa] Yang Maha Benar (yakni AllÁh) terhijab Dia dengan sesuatu, sedangkan yang terhijab Dia dengannya itu terzahir Dia padanya, dan [padanya juga Dia] maujud dan hadir [bersertanya] ?

Al Hikam 219

Janganlah berputus asa daripada penerimaan sesuatu amal jika tiada terdapat di dalamnya al-ËuÅÍr (kehadiranNya di dalam kalbu), kerana kadangkala amal itu masih tetap diterima walaupun buahnya (yakni kesan rohaninya) tiadalah dapat dilihat dengan segera (yakni tiadalah engkau merasakannya pada waktu sekarang).

Al Hikam 220

Janganlah engkau menganggap suci [lalu berasa gembira pula dengan] sesuatu wÁrid yang tiada engkau ketahui buahnya, kerana tiadalah yang dikehendaki dari awan itu setakat hujan sahaja, tetapi yang dikehendaki darinya ialah adanya al-ithmÁr (keadaan di mana pohon-pohon sedang mengeluarkan buah-buah yang masak ranum beraneka jenis).

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 211 - 220"

Posting Komentar