Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 51 - 60

 Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 51 - 60

<a href="https://ibnuathaillahassakandari.blogspot.com">   <img src="al-hikam.png" alt="">   <strong> al-hikam.png</strong> </a>

Al Hikam 51

Tiadalah satu amal yang lebih diharapkan untuk diterima [oleh AllÁh] daripada amal yang ghaib daripadamu penyaksiannya (yakni tiada engkau memandangnya), dan hina di sisimu kewujudannya (yakni engkau menganggapnya remeh atau tidak penting).

Al Hikam 52

Sesungguhnya Dia menurunkan ke atasmu al-wÁrid agar dengannya engkau dapat sampai kepadaNya.

Al Hikam 53

Dia menurunkan ke atasmu al-wÁrid untuk menyelamatkan dirimu dari tangan al-aghyÁr (segala sesuatu selain daripadaNya, yakni agar engkau tidak berada di bawah kuasa setiap sesuatu selain daripada AllÁh) dan untuk membebaskan dirimu dari belenggu al- ÁthÁr (kesan-kesan, yakni agar engkau tidak menjadi hamba kepada mana-mana makhluk di alam semesta).

Al Hikam 54

Dia menurunkan ke atasmu al-wÁrid untuk mengeluarkanmu dari penjara kewujudanmu ke ruang angkasa penyaksian rohanimu.

Al Hikam 55

Al-anwÁr (cahaya-cahaya kerohanian) adalah tunggangan (yakni kenderaan) bagi segala kalbu dan bagi segala rahsia.

Al Hikam 56

Cahaya adalah tentera kalbu sebagaimana kegelapan adalah tentera nafsu.

Maka apabila AllÁh menghendaki untuk menolong hambaNya, Dia membantunya dengan tentera cahaya dan memotong bantuan kegelapan dan al-aghyÁr (segala sesuatu selain daripada AllÁh) daripadanya.

Al Hikam 57


Penyingkapan rohani itu adalah milik an-nÍr (cahaya), dan hukum itu (yakni menentukan kebenaran atau kebatilan sesuatu perkara) adalah milik al-baÃÏrah (penglihatan melalui mata hati), dan pendekatan serta pemalingan itu (yakni melaksanakan sesuatu perkara atau meninggalkannya) adalah milik kalbu.

Al Hikam 58


Janganlah engkau bergembira dengan ketaatan kerana ia datang daripadamu. Tetapi, bergembiralah engkau dengannya kerana ia datang daripada AllÁh kepadamu.

"Katakanlah bahwa dengan pengurniaan Allah dan dengan RahmatNya [berlakunya perkara itu]. Maka dengan itulah mereka harus bergembira. Ia adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan." [Mafhum Sirah Yinus ayat 59.]

Al Hikam 59


Dia telah memotong para pengembara kepadaNya dan orang- orang yang telah sampai kepadaNya daripada melihat kepada amal- amal mereka dan daripada menyaksikan keadaan-keadaan rohani mereka.

Adapun para pengembara, ia adalah kerana mereka masih belum dapat merealisasikan kejujuran bersama AllÁh di dalamnya.

Dan adapun orang-orang yang telah sampai, ia adalah kerana Dia telah mengghaibkan mereka daripadanya kerana penyaksian mereka terhadapNya.

Al Hikam 60


Tiada akan tumbuh (yakni naik menjulang) dahan-dahan kehinaan melainkan di atas benih ketamakan.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 51 - 60"

Posting Komentar