Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 191 - 200

 Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 191 - 200

<a href="https://ibnuathaillahassakandari.blogspot.com">   <img src="al-hikam.png" alt="">   <strong> al-hikam.png</strong> </a>


 Al Hikam 191

Kadangkala, al-‘Árif merasa malu untuk mengangkatkan hajatnya (yakni meminta atau mengadu) kepada Penaungnya (yakni AllÁh Ta‘ÁlÁ) kerana telah merasa cukup (yakni merasa puas hati atau rela) dengan kehendakNya.

Maka bagaimanakah pula dia tidak merasa malu untuk mengangkatkannya (yakni meminta atau mengadu) kepada para makhlukNya?

Al Hikam 192

Apabila telah menjadi samar (yakni tiada jelas) kepadamu dua urusan, perhatikanlah mana yang lebih berat di antara keduanya ke atas nafsu, maka ikutilah ia, kerana tiadalah yang berat ke atasnya (yakni ke atas nafsumu) melainkan ia adalah [sesuatu yang] benar.

Al Hikam 193

[Sesetengah] daripada tanda-tanda [seseorang itu sedang] menuruti hawa [nafsunya] ialah dia akan bersegera di dalam menunaikan kebaikan-kebaikan yang sunat, tetapi dia akan merasa malas pula (yakni merasa sangat berat dan selalu melengah- lengahkan) di dalam menunaikan [perkara-perkara] yang wajib.

Al Hikam 194

Dia (yakni AllÁh) telah mengikat ketaatan-ketaatan itu dengan waktu-waktu yang tertentu agar tiada engkau ditahan daripada mengerjakannya kerana wujudnya sikap [dirimu yang gemar] melengah-lengahkan.

Dan Dia telah menjadikan luas waktu itu bagi dirimu agar masih dikekalkan untuk dirimu bahagian (yakni kesempatan) di dalam membuat pilihan.

Al Hikam 195

Dia (yakni AllÁh) telah mengetahui bahawa para hambaNya memiliki semangat yang sedikit untuk beribadat, maka Dia telah mewajibkan ke atas mereka untuk melakukan ketaatan. Lalu mereka pun ditarik kepadaNya dengan beberapa rantai kewajiban. [Maka menjadi bertepatanlah keadaan ini dengan sabdaan RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa Álihi wa sallam yang bermafhum]: Tuhanmu telah merasa takjub/kagum dengan sebuah kaum yang telah ditarik ke syurga dengan beberapa rantai.

Al Hikam 196

Dia (yakni AllÁh) telah mewajibkan ke atasmu berkhidmat kepadaNya, dan [pada hakikatnya] tiadalah yang telah Dia wajibkan ke atasmu melainkan masuk ke dalam syurgaNya.

Al Hikam 197

Sesiapa yang menyangka adalah terlalu asing (yakni menganggapnya sebagai mustahil) bahawa AllÁh akan menyelamatkannya daripada syahwatnya, dan mengeluarkannya daripada kewujudan kelalaiannya, telah menganggap lemah Kekuatan Ketuhanan. [Mafhum dari SÍrah Al-Kahf ayat 45] "Dan [sesungguhnya] Allah adalah Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu."

Al Hikam 198

Kadangkala, kegelapan telah datang ke atas dirimu untuk Dia menjadikan engkau mengenali (yakni menghargai) kadar/nilai kurniaanNya [yang telah dikurniakan sebelum ini] ke atas dirimu.

Al Hikam 199

Sesiapa yang tidak mengenali (yakni menghargai) kadar/nilai segala nikmat ketika ia masih wujud, akan mengenalinya (yakni dia hanya akan menghargainya) ketika ia sudah lenyap

Al Hikam 200

Janganlah dibiarkan segala kedatangan nikmat-nikmat [yang banyak] itu menjadikan dirimu terkagum/terpegun (yakni merasa tersangat hairan) sehingga tiada dapat engkau mendirikan segala kewajipanmu [di dalam] mensyukurinya. Kerana sesungguhnya, ia adalah [sesetengah] daripada [beberapa perkara] yang menjatuhkan kadar/nilai (yakni kedudukan) dirimu.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 191 - 200"

Posting Komentar