Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 71 - 80

 Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 71 - 80

<a href="https://ibnuathaillahassakandari.blogspot.com">   <img src="al-hikam.png" alt="">   <strong> al-hikam.png</strong> </a>

Al Hikam 71

Sesungguhnya Dia telah menjadikan negeri akhirat tempat bagi balasan ganjaran bagi hamba-hambaNya yang beriman, kerana negeri ini (yakni dunia) tiada cukup luas bagi apa yang ingin Dia berikan kepada mereka.

Dan juga kerana sesungguhnya, Dia terlalu membesarkan kadar mereka, sehingga tiadalah Dia [menganggapnya memadai untuk] mengurniakan balasan ganjaran mereka pada negeri yang tiada kekekalan baginya.

Al Hikam 72

Sesiapa yang menemui buah amalnya (yakni dia merasakan kelazatan di dalam melakukan ibadatnya) pada masa sekarang (yakni semasa di dunia lagi), maka ia adalah satu tanda wujudnya penerimaan pada masa hadapan (yakni di akhirat nanti).

Al Hikam 73

Jika engkau ingin mengetahui kedudukanmu di sisiNya, lihatlah di dalam apakah Dia mendirikanmu (yakni lihatlah kedudukanNya di dalam kalbumu sendiri).

Al Hikam 74

Apabila Dia merezekikanmu ketaatan [di dalam melaksanakan segala perintahNya] dan kekayaan denganNya (yakni merasa sudah cukup kaya denganNya sehingga tiada memerlukan kepada mana- mana makhluk dan menjadi benar-benar bebas daripada mereka), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Dia telah mengurniakan ke atasmu nikmat-nikmatNya yang zahir dan batin dengan sempurna.

Al Hikam 75

Sebaik-baik perkara yang patut engkau tuntut daripadaNya ialah apa yang Dia tuntut daripadamu.

Al Hikam 76

Bersedih di atas terluputnya ketaataan dengan tiada [bersegera] mendirikan kepadanya (yakni masih berlengah-lengah di dalam mendirikan ketaatan), adalah sesetengah daripada tanda-tanda keterpedayaan [si hamba].

Al Hikam 77

Bukanlah al-‘Árif orang yang apabila memberi dia isyarat, akan mendapati bahawa al-Êaqq (Yang Maha Benar) adalah terlebih dekat daripada isyaratnya.

Tetapi, al-‘Árif ialah orang yang tiada sesuatu isyarat baginya, kerana dia telah fana di dalam kewujudanNya, dan telah menjadi terlipat (yakni menjadi lenyap) di dalam menyaksikanNya.

Al Hikam 78

Pengharapan [yang sebenar] ialah apa yang disertai amal. Jika tidak, ia [hanyalah setakat] angan-angan.

Al Hikam 79

Yang dituntut oleh al-‘ÁrifÏn daripada AllÁh Ta‘ÁlÁ ialah dapat menjadi benar di dalam al-‘ubÍdiyyah (kehambaan) dan dapat mendirikan segala hak-hak ketuhanan.

Al Hikam 80

Dia (yakni AllÁh) telah menjadikanmu lapang agar tiada engkau kekal di dalam kesempitan. Dan Dia telah menjadikanmu sempit agar tiada engkau ditinggal [selama-lamanya] di dalam kelapangan.

Dan Dia telah mengeluarkanmu daripada kedua-duanya sehingga tiadalah engkau menjadi milik sesuatu selainNya.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 71 - 80"

Posting Komentar