Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 81 - 90

 Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 81 - 90

<a href="https://ibnuathaillahassakandari.blogspot.com">   <img src="al-hikam.png" alt="">   <strong> al-hikam.png</strong> </a>


Al Hikam 81

Al-‘ÁrifÍn jika mereka diberikan kelapangan, akan merasa lebih takut daripada jika mereka diberikan kesempitan.

Dan tiadalah yang dapat berdiri tegak di atas batas-batas adab di dalam kelapangan melainkan sedikit [sahaja bilangannya]

Al Hikam 82

Kerana wujudnya kegembiraan, nafsu akan mengambil bahagiannya daripada al-basÇ (kelapangan), sedangkan al-qabÅ (kesempitan) pula, tiadalah di dalamnya sebarang bahagian bagi nafsu.

Al Hikam 83

Mungkin di dalam Dia memberikan kepadamu, Dia telah menahan daripadamu [perkara-perkara yang pada hakikatnya adalah lebih baik bagimu].

Al Hikam 84

Apabila Dia membuka untukmu pintu kefahaman di dalam [mana-mana] penahanan, kembalilah penahanan itu [bertukar pula] menjadi esensi pemberian.

Al Hikam 85

Alam semesta, zahirnya adalah tipudaya dan batinnya adalah peringatan. Maka nafsu melihat kepada zahir tipudayanya, dan kalbu melihat kepada batin peringatannya.

Al Hikam 86

Jika engkau menghendaki bahawa terjadi bagimu kemuliaan yang tiada punah, janganlah engkau merasa mulia dengan mana- mana kemuliaan yang akan punah.

Al Hikam 87

[Karamah yang dikenali sebagai] penglipatan [bumi] yang sebenar ialah terlipatnya jarak dunia daripada dirimu, sehinggga engkau melihat akhirat itu adalah lebih hampir kepadamu daripada dirimu.

Al Hikam 88

Pemberian daripada makhluk [pada hakikatnya] adalah satu penegahan, dan penahanan daripada AllÁh [pada hakikatnya] adalah satu [kurniaan] kebaikan.

Al Hikam 89

Maha Besar Tuhan kita bahawa apabila beramal si hamba secara kontan (yakni secara tunai atau bersegera), maka memberi Dia pula ganjaran kepadanya secara bertangguh (yakni pada Hari Kiamat nanti).

Al Hikam 90

Memadailah bagimu sebagai ganjaran daripadaNya di atas ketaatan itu, bahawa Dia telah reda engkau menjadi ahli baginya (yakni ahli bagi ketaatan itu).

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 81 - 90"

Posting Komentar