Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 111 - 120

 Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 111 - 120

<a href="https://ibnuathaillahassakandari.blogspot.com">   <img src="al-hikam.png" alt="">   <strong> al-hikam.png</strong> </a>

Al Hikam 111

Tiadalah setiap orang yang telah sabit kekhususannya (atau keteristimewaannya, yakni telah zahir perkara-perkara yang mencarik adat di tangannya) telah sempurna pelepasannya (yakni sudah bebas daripada melihat kepada yang selainNya).

Al Hikam 112

Tiadalah yang menghinakan al-wird melainkan orang yang sangat jahil. Al-wÁrid (yakni kurniaan AllÁh Ta‘ÁlÁ hasil daripada kita mengekali al-wird di dunia) diperolehi di negeri akhirat, dan al- wird pula akan terputus dengan terputusnya negeri ini (yakni dunia).

Dan yang terlebih utama ialah engkau memberikan perhatian kepada apa yang tiada gantian bagi kewujudannya (yakni engkau perlu memberikan perhatian yang lebih kepada al-wird).

Al-wird adalah apa yang Dia tuntut daripada dirimu (yakni apa yang Dia perintahkan kepadamu), dan al-wÁrid adalah apa yang engkau tuntut daripadaNya (yakni apa yang engkau harapkan daripadaNya).

Maka di manakah [perbandingan di antara] apa yang Dia tuntut daripadamu dengan apa yang engkau tuntut daripadaNya?

Al Hikam 113

Datangnya pertolongan-pertolongan rohani adalah menurut kesediaan [diri si penerima], dan terbitnya cahaya-cahaya rohani adalah menurut kesucian segala rahsia (as-sirr yakni batin kepada ar-rÍh yang merupakan batin kepada al-qalb diri si penerima).

Al Hikam 114

Orang yang lalai itu apabila berpagi-pagi, dia akan melihat apakah yang akan dilakukannya.

Dan orang yang berakal pula, dia akan melihat apakah yang akan dilakukan oleh AllÁh dengannya.

Al Hikam 115

Sesungguhnya telah meliar (yakni telah mengasingkan diri-diri) al-‘ubbÁd (orang-orang yang ahli ibadat) dan as-zuhhÁd (orang- orang yang mengamalkan kezuhudan) daripada tiap sesuatu kerana keghaiban mereka daripada (yakni ketidakupayaan mereka untuk menyaksikan) AllÁh pada setiap sesuatu.

Andaikata mereka dapat menyaksikanNya pada setiap sesuatu, tiadalah mereka akan meliar (yakni mengasingkan diri-diri mereka) daripada setiap sesuatu.

Al Hikam 116

Dia telah menyuruhmu memandang kepada ciptaanNya di negeri ini (yakni di dunia), dan kelak di negeri itu (yakni di akhirat) Dia akan menyingkapkan kepadamu kesempurnaan zatNya.

Al Hikam 117

Dia telah mengetahui daripadamu bahawa engkau tidak sabar daripadaNya (yakni kerana tidak dapat melihatNya atau kerana merasa terpisah daripadaNya), maka Dia telah menjadikan engkau menyaksikan [di dunia lagi] apa yang terzahir (atau yang nyata) daripadaNya.

Al Hikam 118

Ketika al-Êaqq (Yang Maha Benar) mengetahui daripadamu wujudnya rasa jemu [pada dirimu], Dia telah menjadikan ketaatan itu berjenis-jenis bagimu.

Dan ketika Dia mengetahui bahawa pada dirimu wujud sifat rakus (atau sifat lahap), Dia telah menghadkan ke atasmu [di dalam melakukan solat itu hanya] pada sesetengah waktu [yang tertentu sahaja], agar terjadilah cita-citamu di dalam mendirikan solat, bukan [hanya setakat] mewujudkan solat, kerana tiadalah setiap orang yang bersolat itu [telah benar-benar] mendirikannya.

Al Hikam 119

Sembahyang adalah satu penyucian bagi kalbu-kalbu daripada najis-najis adh-dhunÍb (dosa-dosa) dan adalah satu pembukaan bagi pintu al-ghuyÍb (perkara-perkara yang ghaib).

Al Hikam 120

Sembahyang adalah tempat bermunajat [kepada AllÁh] dan tempat galian bagi penyucian rohani.

Di dalamnya terdapat perluasan bagi segala medan rahsia- rahsia, dan di dalamnya terdapat juga tempat bersinarnya cahaya- cahaya yang gemerlapan.

Dia (yakni AllÁh) telah mengetahui tentang kelemahanmu, maka Dia telah menjadikan sedikit bilangannya (yakni bilangan sembahyang fardu di dalam sehari semalam), dan Dia telah mengetahui betapa engkau berhajat kepada kelebihannya (yakni kelebihan mendirikan sembahyang), maka Dia telah menjadikan banyak nilainya (yakni nilai pahala bagi mendirikan sembahyang).

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 111 - 120"

Posting Komentar