Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 91 - 100

 Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 91 - 100

<a href="https://ibnuathaillahassakandari.blogspot.com">   <img src="al-hikam.png" alt="">   <strong> al-hikam.png</strong> </a>

 Al Hikam 91

Memadailah sebagai satu ganjaran bagi mereka yang beramal, apa yang telah Dia bukakan di atas kalbu-kalbu mereka di dalam (yakni sehingga mereka dapat) mentaatiNya, dan apa yang telah Dia datangkan ke atas mereka dari kewujudan intimasi (yakni rasa ramah mesra bersamaNya).

Al Hikam 92

Sesiapa yang beribadat kerana sesuatu yang dia harapkan daripadaNya, atau ingin menolak dengan ketaatannya itu hukuman yang telah menimpa ke atasnya, maka tiadalah dia [benar-benar] telah mendirikan hak bagi sifat-sifatNya.

Al Hikam 93

Ketika Dia memberi kepadamu, Dia telah mempersaksikan kepadamu belas kasihNya. Dan ketika Dia menahan daripadamu, Dia telah mempersaksikan kepadamu keperkasaanNya.

Dan Dialah yang telah memperkenalkan diriNya kepadamu pada setiap perkara itu, dan Dialah yang telah mendekatimu (atau Dialah yang telah menghadapkan diriNya kepadamu) dengan kelembutanNya ke atasmu.

Al Hikam 94

Sesungguhnya penahanan itu menyakitimu kerana tiada wujud kefahamanmu mengenai AllÁh di dalamnya (yakni kerana tiada memahami hikmah/kebijaksanaan dan rahmat yang terkandung di dalam penegahanNya itu).

Al Hikam 95

Mungkin sahaja Dia telah membukakan bagimu pintu ketaatan, tetapi tiada Dia membukakan bagimu pintu al-qabÍl (penerimaan).

Dan mungkin sahaja Dia telah menentukan ke atasmu dengan dosa, maka menjadi pula ia sebab bagi al-wuÃÍl (sampai kepadaNya yakni sampai kepada ma‘rifah yang lebih sempurna mengenaiNya).

Al Hikam 96

Kemaksiatan yang mewariskan rasa hina dan iftiqÁr (rasa sangat memerlukan kepada AllÁh), adalah lebih baik daripada ketaatan yang mewariskan rasa mulia dan istikbÁr (rasa besar diri).

Al Hikam 97

Dua nikmat yang tiada [sekali-kali akan] keluar setiap maujud daripada kedua-duanya, dan tiada dapat tiada bagi setiap yang diadakan (yakni setiap makhluk) daripada kedua-duanya (yakni dua nikmat ini terdapat pada setiap makhluk dan tiada boleh disangkal akan hakikatnya): nikmat al-ÏjÁd (diberikan kewujudan oleh AllÁh) dan nikmat al-imdÁd (diberikan kelanjutan oleh AllÁh).

Al Hikam 98

Dia telah mengurniakan nikmat ke atasmu, pada kali pertamanya dengan al-ÏjÁd (diberikan kewujudan oleh AllÁh), dan pada kali keduanya dengan penerusan al-imdÁd (diberikan kelanjutan oleh AllÁh).

Al Hikam 99

Keperluanmu [kepada AllÁh Ta‘ÁlÁ] adalah sesuatu yang bersifat dhÁtiyyah (intrinsik yakni semula jadi) bagi dirimu, sedangkan kedatangan-kedatangan segala sebab-musabab adalah peringatan-peringatan kepadamu tentang apa yang tersembunyi bagimu daripadanya (yakni daripada sifat yang semula jadi itu).

Dan tiadalah keperluanmu yang bersifat dhÁtiyyah itu dapat dihindarkan oleh sesuatu yang bersifat sementara.

Al Hikam 100

Sebaik-baik waktumu ialah waktu engkau menyaksikan di dalamnya kewujudan keperluanmu [kepada AllÁh Ta‘ÁlÁ] dan dikembalikan engkau di dalamnya kepada kewujudan kehinaanmu.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 91 - 100"

Posting Komentar