Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 181 - 190

 Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 181 - 190

<a href="https://ibnuathaillahassakandari.blogspot.com">   <img src="al-hikam.png" alt="">   <strong> al-hikam.png</strong> </a>


Al Hikam 181

Sesiapa yang memberikan ibarat daripada hamparan (yakni berdasarkan) kebaikan dirinya, akan dijadikan senyap/kelu oleh kemaksiatan.

Dan sesiapa yang memberikan ibarat daripada hamparan (yakni berdasarkan) kebaikan AllÁh ke atas dirinya pula, tiadalah akan menjadi senyap/kelu ketika dia bermaksiat.

Al Hikam 182

Cahaya-cahaya rohani al-ËukamÁ’ (ahli-ahli hikmah yakni orang-orang yang ‘Árif billÁh) mendahului kata-kata mereka.

Maka apabila telah berlaku iluminasi (yakni cahaya-cahaya rohani itu telah bersinar terang), akan sampailah ibarat itu.

Al Hikam 183

Setiap perkataan yang muncul keluar, ada selubung/pakaian kalbu baginya, dari mana ia telah muncul keluar.

Al Hikam 184

Sesiapa yang telah diberikan keizinan [oleh AllÁh Yang Maha Benar] untuk memberikan ibarat, ibaratnya itu akan dapat difahami oleh segala makhluk (yakni orang-orang lain) yang mendengarnya, dan isyaratnya pula akan menjadi jelas kepada mereka.

Al Hikam 185

Kadangkala, al-ËaqÁ’iq (hakikat-hakikat itu) akan ternampak gerhana (yakni suram) cahaya-cahayanya apabila tiada engkau diberikan izin [oleh Yang Maha Benar] untuk menyatakannya.

Al Hikam 186

Kata-kata ibarat daripada mereka adalah sama ada kerana limpahan wajd (satu keadaan rohani yang datang secara meluap- luap dengan tiba-tiba dan adalah sesuatu yang tiada dapat dikawal) atau kerana bermaksud untuk memberi petunjuk kepada si murid.

Maka yang pertama adalah keadaan as-sÁlikÏn (orang-orang yang masih berada di atas perjalanan rohani dan belum sampai ke maqam al-wuÃÍl yakni ketibaan) dan yang kedua adalah keadaan mereka yang memiliki kedudukan (al-makinah atau at-tamakkun yakni telah mendapat pengukuhan rohani) dan [juga adalah keadaan golongan] al-muËaqqiqÏn (mereka yang telah mencapai realisasi kerohanian).

Al Hikam 187

Kata-kata ibarat itu adalah makanan [rohani] bagi keperluan para pendengar, dan tiadalah [sebarang manfaat kerohanian] bagimu melainkan apa yang engkau makan darinya.

Al Hikam 188

Kadangkala, orang yang telah memberikan kata-kata ibarat mengenai sesebuah maqam itu ialah orang yang telah melihat (atau mengintai) ke atasnya sahaja (yakni dia baru mendekati maqam itu dan belum lagi benar-benar sampai dan merealisasikannya).

Dan kadangkala pula, orang yang telah memberikan kata-kata ibarat mengenainya itu ialah orang yang [benar-benar] telah sampai kepadanya.

Dan perkara ini adalah samar (atau kabur yakni tiada nyata) melainkan bagi orang yang memiliki baÃÏrah (penglihatan mata hati).

Al Hikam 189

Tiada dapat tiada (yakni adalah dilarang) bagi as-sÁlik (si pengembara rohani yakni orang yang masih belum mencapai al- wuÃÍl yakni maqam ketibaan) untuk memberikan kata-kata ibarat tentang wÁridÁt-nya (curahan-curahan rohani yang telah turun daripada Tuhan), kerana perkara itu akan mengurangkan aktivitinya (yakni pengaruh curahan-curahan rohani itu) ke atas kalbunya dan ia akan menegah wujudnya kejujuran bersama Tuhannya.

Al Hikam 190

Janganlah engkau menghulurkan tanganmu untuk mengambil sesuatu daripada para makhluk, melainkan setelah engkau melihat bahawa Si Pemberi melalui mereka (yakni pada hakikatnya) adalah Penaungmu jua (yakni AllÁh Ta‘ÁlÁ).

Maka apabila engkau sudah pun berkeadaan yang sedemikian, terimalah apa yang bermuafakatan (yakni yang bersesuaian) dengan ilmu (yakni pengetahuan zahir mengikut syarak yang engkau miliki).

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 181 - 190"

Posting Komentar