Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 201 - 210

 Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 201 - 210

<a href="https://ibnuathaillahassakandari.blogspot.com">   <img src="al-hikam.png" alt="">   <strong> al-hikam.png</strong> </a>


 Al Hikam 201

Kemanisan hawa [nafsu] yang telah menetap di kalbu, adalah penyakit yang amat sukar untuk dihilangkan.

 Al Hikam 202

Tiadalah yang [berkeupayaan untuk] mengeluarkan syahwat dari kalbu melainkan ketakutan yang menggetarkan (yakni yang menjadikannya tiada lagi merasa tenteram) atau kerinduan yang meresahkan (yakni yang menjadikannya merasa gelisah).

 Al Hikam 203

Sebagaimana Dia tiada mencintai amal yang mengandungi penyekutuan (yakni menyekutuiNya dengan sesuatu yang lain), maka begitulah juga Dia tiada mencintai kalbu yang mengandungi penyekutuan. Amal yang mengandungi penyekutuan itu tiadalah akan diterima olehNya, dan kalbu yang mengandungi penyekutuan itu pula, tiadalah Dia akan mendekatinya.

 Al Hikam 204

Terdapat beberapa cahaya yang telah diberikan izin baginya untuk sampai [ke kalbu yakni hanya tiba di luar kalbu dan tidak memasukinya] dan terdapat beberapa cahaya [yang lain pula] yang telah diberikan izin baginya untuk memasuki [ke dalam kalbu].

 Al Hikam 205

Kadangkala, cahaya-cahaya [rohani] telah datang ke atasmu, namun ia telah mendapati bahawa kalbu itu telah dipenuhi dengan bentuk-bentuk (yakni segala rupa atau gambar-gambar) al-ÁthÁr (kesan-kesan, yakni segala makhluk ciptaan AllÁh), maka ia pun pulang [ke tempat] dari mana ia telah turun.

 Al Hikam 206

Kosongkanlah kalbumu daripada al-aghyÁr (segala yang selain daripadaNya yakni daripada segala makhluk AllÁh). Maka Dia akan mengisikannya dengan al-ma‘Árif (pengenalan-pengenalan rohani) dan al-asrÁr (rahsia-rahsia rohani).

 Al Hikam 207

Janganlah engkau menganggap lambat pemberian-pemberian daripadaNya, tetapi anggaplah (yakni engkau lihatlah sendiri pada) kelambatan dirimu di dalam mendekatiNya.

 Al Hikam 208

Hak-hak (yakni kewajipan-kewajipan seperti solat dan puasa) di dalam waktu-waktu [yang telah ditentukan] ada kemungkinan untuk menunaikannya [apabila terluput ia dari waktu-waktunya], tetapi hak-hak waktu-waktu [itu sendiri] tiadalah kemungkinan untuk menunaikannya (yakni tiadalah ia boleh diqada seperti qada sembahyang dan qada puasa).

Ini adalah kerana tiadalah mana-mana waktu yang datang melainkan AllÁh memiliki di dalamnya hak yang baru dan perintah yang kukuh di atas dirimu.

Maka bagaimanakah dapat engkau menunaikan hak yang lain daripadanya sedangkan engkau masih lagi menunaikan hak AllÁh di dalamnya?

 Al Hikam 209

Apa yang telah terluput daripada umurmu, tiadalah baginya sebarang ganti. Dan apa yang telah berhasil bagimu daripadanya, tiadalah baginya sebarang nilai (yakni tiadalah ternilai harganya kerana harganya adalah teramat tinggi sekali).

 Al Hikam 210

Tiadalah engkau mencintai sesuatu melainkan engkau akan menjadi hamba kepadanya. Dan tiadalah Dia pula (yakni AllÁh SubËÁnahu wa Ta‘ÁlÁ) mencintai (yakni menyukai) bahawa engkau menjadi hamba kepada yang lain daripada diriNya.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 201 - 210"

Posting Komentar