Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 41 - 50

 Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 41 - 50

<a href="https://civilengineerdwg.com">   <img src="al-hikam.png" alt="">   <strong> al-hikam.png</strong> </a>


Al Hikam 41

Keajaiban bagi setiap keajaiban ialah orang yang lari daripada Dia yang tiada baginya sebarang kelepasan (yakni AllÁh dan juga segala qadak dan qadarNya), dan mencari pula apa yang tidak akan kekal di sisinya (yakni dunia serta segala kehendak dan keinginan nafsu).

"Sesungguhnya yang buta bukanlah segala mata [di kepala], tetapi yang buta ialah kalbu-kalbu yang berada di dalam dada-dada [manusia]." [Mafhum Sirah alEajj ayat 46]

Al Hikam 42

Janganlah engkau mengembara dari satu alam ke satu alam yang lain. Maka jadilah engkau seumpama seekor keldai [yang sedang berjalan berpusing-pusing mengelilingi] batu pengisar gandum. Tempat yang ia berjalan kepadanya [itu pada akhir setiap pusingan] adalah tempat yang ia berjalan daripadanya.

Tetapi, mengembaralah engkau daripada sekelian alam dan menujulah engkau kepada Pencipta sekelian alam.

[Mafhum SÍrah an-Najm ayat 42.]

Dan perhatikanlah kepada kata-kata baginda ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam [yang bermafhum], “Sesiapa yang perpindahannya adalah kepada AllÁh dan rasulNya, maka perpindahannya itu adalah kepada AllÁh dan rasulNya. Sesiapa yang perpindahannya adalah kepada dunia yang dia cari, atau kepada seorang wanita yang dia kahwini, maka perpindahannya itu adalah kepada apa yang dia berhijrah kepadanya.”

Maka fahamilah engkau kata-kata baginda ‘alaihiÃ-ÃalÁtu was- salÁm, “Maka perpindahannya itu adalah kepada apa yang dia berhijrah kepadanya,” dan camkanlah perkara ini, jika engkau adalah seorang yang memiliki kefahaman!

Al Hikam 43

Janganlah engkau bersahabat dengan orang yang keadaan rohaninya tiada membangkitkan semangatmu, dan kata-katanya tiada memimpinmu kepada AllÁh.

Al Hikam 44

Mungkin sahaja keadaanmu adalah jahat tetapi telah ditampak- kan kepadamu sebagai kebaikan dirimu, kerana persahabatanmu dengan seorang yang keadaannya adalah lebih jahat daripadamu.

Al Hikam 45

Tiadalah boleh dianggap sedikit amal yang terbit daripada sebuah kalbu yang zÁhid (seorang yang mengamalkan kezuhudan di dunia ini), dan tiadalah boleh dianggap banyak amal yang terbit daripada sebuah kalbu yang rÁghib (seorang yang sangat gemar kepada dunia dan juga melobakannya).

Al Hikam 46

Kebaikan amal-amal adalah hasil kebaikan al-aËwÁl (keadaan- keadaan rohani) dan kebaikan al-aËwÁl adalah dari merealisasikan pada stesyen-stesyen rohani yang telah diturunkan.

Al Hikam 47

Janganlah engkau meninggalkan berzikir kerana tiada wujud kehadiranmu berserta AllÁh di dalamnya. Ini adalah kerana kelalaianmu di dalam tidak berzikir kepadaNya, adalah lebih buruk daripada kelalaianmu di dalam berzikir kepadaNya.

Mungkin sahaja Dia akan menaikkanmu dari tahap berzikir disertai dengan kelalaian, ke tahap berzikir disertai dengan kesedaran (yakni dapat berzikir dengan tidak disertai sebarang kelalaian).

Dan dari tahap berzikir disertai dengan kesedaran, ke tahap berzikir disertai dengan kehadiran (yakni merasakan kehadiran AllÁh).

Dan dari tahap berzikir disertai dengan kehadiran, ke tahap berzikir di mana telah ghaib [daripada kewujudan] tiap sesuatu selain daripada yang dizikirkan (yakni selain AllÁh). [Mafhum SÍrah IbrÁhÏm ayat 20.]

Al Hikam 48

[Sesetengah] daripada tanda-tanda kematian kalbu ialah ketiadaan merasa sedih di atas apa yang telah luput olehmu daripada segala kemuafakatan (yakni kebajikan atau ketaatan), dan meninggalkan (yakni tiada merasakan sedikit pun rasa) penyesalan di atas apa yang telah engkau lakukan daripada segala kesalahan (atau dosa).

Al Hikam 49

Janganlah kebesaran dosa di sisimu [terlalu mengecewakanmu sehingga ia menjadi] satu kebesaran yang menegahmu daripada berbaik sangka dengan AllÁh Ta‘ÁlÁ. Kerana sesungguhnya, sesiapa yang mengenali Tuhannya, akan ternampak kecil dosanya di sisi kemurahanNya.

Al Hikam 50

Tiadalah [sesuatu dosa itu] dianggap kecil jika engkau berhadapan (yakni jika dosamu dihadapkan) dengan keadilanNya, dan tiadalah pula [sesuatu dosa itu] dianggap besar jika engkau berhadapan (yakni jika dosamu dihadapkan) dengan kurniaNya.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 41 - 50"

Posting Komentar