Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 101 - 110

 Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 101 - 110

<a href="https://ibnuathaillahassakandari.blogspot.com">   <img src="al-hikam.png" alt="">   <strong> al-hikam.png</strong> </a>

Al Hikam 101

Apabila Dia menjadikan engkau merasa liar (atau merasa jemu) dengan makhlukNya, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Dia ingin membukakan untukmu pintu al-uns (intimasi yakni merasa ramah mesra atau berjinak-jinak) denganNya.

Al Hikam 102

Apabila Dia telah melepaskan lidahmu untuk meminta, maka ketahuilah bahawa Dia menghendaki untuk menganugerahkan kepadamu [perkara itu atau yang lebih baik daripadanya, jika Dia mahu pada masa sekarang dan jika Dia mahu pada masa akan datang].

Al Hikam 103

Tiadalah al-‘Árif akan berhenti daripada merasakan dia sangat memerlukan kepadaNya, dan tiadalah akan berlaku bahawa dia akan merasa tenang (atau berehat diri) dengan yang selain AllÁh.

Al Hikam 104

Dia telah menerangi segala perkara yang zahir dengan cahaya- cahaya ÁthÁr-Nya (kesan-kesanNya, yakni para makhluk ciptaan AllÁh) dan Dia telah menerangi rahsia-rahsia batin dengan cahaya- cahaya sifatNya (yakni dengan cahaya yang tidak dicipta, kerana sifatNya bukanlah sesuatu ciptaan).

Maka kerana itu akan terbenam cahaya-cahaya pada segala perkara yang zahir, dan tiadalah akan terbenam cahaya-cahaya pada kalbu-kalbu dan rahsia-rahsia batin.

Dan kerana itu juga telah dikatakan [oleh sesetengah guru sufi]: Sesungguhnya matahari di siang hari akan terbenam dengan masuknya waktu malam, sedangkan matahari bagi segala kalbu tiadalah ia akan pernah terbenam.

Al Hikam 105

Hendaklah engkau merasa ringan dengan kepedihan bala di atasmu, kerana mengetahuinya engkau bahawa Dialah, Maha Suci Dia, yang telah menurunkan bala itu kepadamu.

Dia yang telah menghadapkan segala takdir daripadaNya itu kepadamu, maka Dia jugalah yang telah membiasakanmu dengan kebaikan pilihan (yakni Dia telah membiasakanmu dengan pilihan- pilihanNya yang terlebih baik bagimu).

Al Hikam 106

Sesiapa yang bersangka bahawa kelembutanNya adalah terpisah daripada qadarNya (yakni ketentuanNya atau takdirNya), maka adalah kerana tersingkat pandangannya (yakni hanya orang yang berpandangan singkat sahaja yang bersangka sedemikian).

Al Hikam 107

Tiadalah ditakuti bahawa engkau akan menjadi terkeliru di atas jalan ini, tetapi yang ditakuti ialah engkau terkalah oleh hawa.

Al Hikam 108

Maha Suci Dia yang telah menutupkan rahsia keteristimewaan [yang telah diberikanNya kepada wali-waliNya] dengan penzahiran [sifat-sifat] kemanusiaan [pada diri wali-waliNya], dan yang telah menzahirkan kebesaran ar-rubÍbiyyah (ketuhanan) di dalam penzahiran al-‘ubÍdiyyah (kehambaan).

Al Hikam 109

Janganlah engkau menuntut daripada Tuhanmu kerana lambat [memperkenankan] permintaanmu, tetapi tuntutlah daripada nafsumu kerana lambat [mendirikan] adabmu (yakni di dalam melaksanakan adab-adab kehambaan kepada AllÁh).

Al Hikam 110

Apabila Dia telah menjadikankan engkau pada zahirmu menuruti perintahNya, dan telah merezekikan pada batinmu penyerahan bulat-bulat kepada keperkasaanNya, maka Dia telah menjadikan besar kurniaan itu kepadamu.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 101 - 110"

Posting Komentar