Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 151 - 160

Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 151 - 160

<a href="https://ibnuathaillahassakandari.blogspot.com">   <img src="al-hikam.png" alt="">   <strong> al-hikam.png</strong> </a>

 Al Hikam 151

Tempat terbitnya cahaya-cahaya [rohani] adalah di kalbu-kalbu dan di al-asrÁr (rahsia-rahsia).

Al Hikam 152

Ada satu cahaya rohani (yakni nÍr al-‘aql) terletak di dalam kalbu-kalbu, [yang mana] bantuannya datang dari cahaya rohani (yakni nÍr as-sirr) yang datang [terus yakni secara langsung] dari perbendaharaan-perbendaharaan ghaib.

Al Hikam 153

Ada satu cahaya dengannya Dia menyingkapkan kepadamu ÁthÁr-Nya (kesan-kesanNya, yakni segala makhluk ciptaan AllÁh), dan ada satu cahaya dengannya Dia menyingkapkan kepadamu sifat-sifatNya.

Al Hikam 154

Ada kemungkinan akan menjadi terhenti kalbu-kalbu dengan cahaya-cahaya, sebagaimana telah menjadi terhijab nafsu-nafsu dengan ketebalan al-aghyÁr (yang selain daripadaNya yakni segala makhluk AllÁh).

Al Hikam 155

Dia telah menutupi rahsia-rahsia batin (yakni ilmu-ilmu yang berbentuk ladunniyyah dan pengenalan-pengenalan yang berbentuk rabbÁniyyah, atau boleh juga dikatakan kebebasan batin) dengan ketebalan perkara-perkara yang zahir (yakni sifat-sifat manusia yang zahir, atau boleh juga dikatakan kehambaan yang zahir) demi kemuliaannya, agar jangan terjadi terhina ia apabila berlaku penzahirannya, dan agar jangan diseru ke atasnya dengan kata-kata pemasyhuran (yakni agar si penutur tidak dituduh ingin mencari kemasyhuran).

Al Hikam 156

Maha Suci Dia yang tidak menunjukkan (yakni tidak Dia memperkenalkan seorang manusia) kepada para waliNya melainkan sebagai satu penunjuk kepada diriNya.

Dan tiada Dia menyampaikan kepada mereka melainkan orang yang telah pun Dia kehendaki akan sampai kepadaNya.

Al Hikam 157

Mungkin sahaja Dia memperlihatkan kepadamu perkara- perkara ghaib dari alam malakÍt-Nya, namun Dia menghijabkan pula dirimu daripada mengetahui rahsia-rahsia para hamba (yakni manusia-manusia lain).

Al Hikam 158

Sesiapa yang telah Dia perlihatkan rahsia-rahsia para hamba dan tiada pula dia berakhlak dengan belas kasihan keilahian (yakni kerana dia belum lagi mencapai stesyen at-tamkÏn di dalam asy- syuhÍd dan belum berupaya untuk berakhlak dengan akhlak-akhlak kerahmatan Si Raja Yang Disembah), maka pengetahuan itu akan menjadi satu fitnah ke atasnya dan juga satu sebab bagi penghalaan bala ke arahnya.

Al Hikam 159

Bahagian nafsu di dalam kemaksiatan adalah nyata dan jelas, sedangkan bahagiannya di dalam ketaatan pula [seperti mencari pencarikan adat dan mencari kedudukan di sisi manusia] tiadalah jelas dan adalah tersembunyi. Dan untuk menyembuhkan sesuatu yang tersembunyi itu adalah sangat sukar pengobatannya.

Al Hikam 160

Kadangkala, riyak memasuki ke atasmu dari arah di mana para makhluk (yakni orang-orang lain) pun tidak melihatnya pada dirimu (yakni kerana riyak itu adalah tersangat halus dan tersembunyi keadaannya).

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 151 - 160"

Posting Komentar