Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 141 - 150

 Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 141 - 150

<a href="https://ibnuathaillahassakandari.blogspot.com">   <img src="al-hikam.png" alt="">   <strong> al-hikam.png</strong> </a>

Al Hikam 141

Al-akwÁn (segala alam semesta) menjadi tetap hanya dengan penetapanNya, dan menjadi terhapus dengan [penzahiran] keesaan zatNya.

Al Hikam 142

Manusia-manusia lain memujimu kerana apa yang mereka sangka terdapat pada dirimu. Maka jadilah engkau pula mengeji nafsumu pada apa yang memang engkau ketahui mengenainya.

Al Hikam 143

Orang yang beriman itu, apabila dia dipuji, akan merasa malu kepada AllÁh, kerana dia telah dipuji dengan satu sifat yang tiada dia saksikan pada dirinya.

Al Hikam 144

Orang yang paling jahil ialah dia yang meninggalkan keyakinan pada sisinya [mengenai segala keburukan dan keaiban diri sendiri] kerana [terpengaruh dengan] persangkaan [baik mengenai dirinya] pada sisi orang-orang lain.

Al Hikam 145

Jika [ada manusia] menyebut pujian ke atasmu sedangkan engkau [sebenarnya] tidak layak untuknya, maka engkau berikanlah pula pujian ke atasNya sebagaimana Dia memang layak untuknya.

Al Hikam 146

Ahli-ahli kezuhudan akan merasakan kesempitan rohani (yakni mereka akan merasa kecut hati) apabila mereka dipuji kerana mereka menyaksikan bahawa pujian itu berasal daripada makhluk sahaja, sedangkan ahli-ahli al-ma‘rifah pula akan merasakan keluasan rohani (yakni mereka akan bersuka hati) kerana mereka menyaksikan bahawa perkara itu (yakni pujian itu) berasal daripada Si Raja Yang Maha Benar (yakni AllÁh).

Al Hikam 147

Jika ketika engkau dikurniakan, pengurniaan itu menjadikan engkau merasakan keluasan (yakni engkau bergembira di atasnya), dan ketika engkau ditahan, penahanan itu pula menjadikan engkau merasakan kesempitan (yakni engkau berdukacita di atasnya), maka anggaplah perkara itu sebagai dalil di atas sifat kebudak-budakanmu (yakni sifat ketidakdewasaanmu) yang masih tetap ada, dan di atas ketidakjujuranmu di dalam ‘ubÍdiyyah-mu (kehambaanmu).

Al Hikam 148

Jika terjatuh daripadamu satu dosa, janganlah ia dijadikan sebab bagi engkau untuk berputus asa daripada [terus berusaha untuk] mencapai al-istiqÁmah bersama Tuhanmu. Mungkin sahaja, perkara itu adalah dosa terakhir yang ditakdirkan ke atasmu.

Al Hikam 149

Apabila engkau inginkan pintu ar-rajÁ’ (harapan) terbuka untukmu, saksikankan apa yang daripadaNya kepadamu (yakni pada segala anugerahNya dan segala rahmatNya, yang telah datang kepadamu tanpa sebarang sebab daripadamu).

Dan apabila engkau inginkan pintu al-khauf (ketakutan) terbuka untukmu, saksikanlah apa yang daripadamu kepadaNya (yakni pada segala dosa, perbuatan keji, kealpaan dan buruk adab yang telah datang daripadamu kepadaNya).

Al Hikam 150

Mungkin sahaja Dia akan menambahkan kepadamu pada [kegelapan] malam hari al-qabÅ (kesempitan rohani) apa yang tiada engkau perolehi pada penyinaran [terang benderang] siang hari al- basÇ (keluasan rohani).

"Tiadalah engkau sekalian mengetahui perkara mana yang lebih dekat bagi engkau sekalian manfaatnya." [Mafhum SÍrah an-NisÁ’ ayat 11.]

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 141 - 150"

Posting Komentar