Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 61 - 70

  Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 61 - 70

<a href="https://ibnuathaillahassakandari.blogspot.com">   <img src="al-hikam.png" alt="">   <strong> al-hikam.png</strong> </a>

Al Hikam 61

Tiada sesuatu yang dapat memimpinmu (yakni memimpinmu ke arah kebatilan) seperti al-wahm (ilusi).

Al Hikam 62

Engkau hanyalah merdeka dari apa yang tiada engkau memiliki sesuatu keperluan kepadanya (atau yang kepadanya tiada engkau meletakkan sebarang harapan), dan engkau adalah seorang hamba kepada apa yang kepadanya engkau memiliki sesuatu kelobaan (atau yang kepadanya engkau meletakkan sesuatu harapan).

Al Hikam 63

Sesiapa yang tidak mendekati AllÁh dengan kelembutan al- iËsÁn (kurniaan AllÁh), akan diseret kepadaNya dengan rantai-rantai al-imtiËÁn (ujian, yakni ujian AllÁh di dalam bentuk bala dan musibah).

Al Hikam 64

Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat-nikmat AllÁh, maka dia telah berusaha untuk menghilangkannya.

Dan sesiapa yang mensyukurinya, maka dia telah mengikatnya dengan tali ikatannya [yang kukuh].

Al Hikam 65

Merasa takutlah engkau daripada [keadaan di mana masih] wujud iËsÁn-Nya kepadamu sedangkan engkau tetap berkekalan melakukan kemaksiatan kepadaNya, bahawa perkara itu akan menjadi satu istidrÁj (tipudaya yakni tarikan berangsur-angsur ke arah kebinasaan) bagimu.

"Kami akan memberikan kepada mereka istidraj dari arah yang tiada mereka ketahui." [Mafhum Sirah al-Qalam ayat 44.]

Al Hikam 66

Sesetengah daripada kejahilan si murid ialah dia melakukan satu adab yang jahat dan hukumannya pula ditunda, maka berkata dia, “Andaikata ini benar-benar satu adab yang jahat, [sudah tentu] Dia akan memotong bantuan rohani dan mewajibkan kejauhan.”

Mungkin sahaja bantuan rohani itu telah terpotong daripada dirinya tanpa dia merasakannya, meskipun tiadalah ia berlaku melainkan dari segi dia ditegah daripada menerima sebarang penambahan [kerohanian].

Dan mungkin juga kedudukan kejauhan itu telah didirikan tanpa dia mengetahuinya, meskipun tiadalah ia berlaku melainkan dari segi dibiarkan engkau melakukan apa jua sekehendakmu.

Al Hikam 67

Apabila engkau melihat seorang hamba telah AllÁh jadikan wujud [pada dirinya mengamalkan] wirid-wirid dan dia berkekalan di atasnya, dan Dia telah memanjangkan pula bantuan [kepada hamba itu sehingga dia berlanjutan mengamalkan wirid-wirid itu], janganlah engkau meremehkan apa yang telah dikurniakan oleh Penaungnya kerana engkau tiada melihat pada dirinya tanda al- ‘ÁrifÏn dan tiada pula kecemerlangan al-muËibbÏn (pencinta-pencinta AllÁh), kerana jika bukanlah kerana wÁrid [yang telah turun ke atas hamba itu daripada Tuhannya], tiadalah [akan wujud] wirid [yang telah diamalkan secara berkekalan oleh hamba itu].

Al Hikam 68

Ada satu kaum yang telah al-Êaqq (Yang Maha Benar) dirikan untuk mengkhidmatiNya, dan ada satu kaum [lain pula] yang telah Dia istimewakan untuk mencintaiNya.

"Telah Kami berikan bantuan kepada golongan ini dan kepada golongan itu daripada kemurahan Tuhanmu. Dan tiadalah kemurahan Tuhanmu itu dapat ditengah." [Mafhum Sirah al-Isra ayat 20.]

Al Hikam 69

Sangatlah sedikit berlakunya al-wÁridÁt al-ilÁhiyyah (curahan- curahan rohani yang dibangsakan kepada ketuhanan) melainkan dengan cara mengejut, agar terpeliharalah ia daripada dakwaan para hamba [bahawa telah] wujud kesiapsediaan [untuknya pada diri mereka].

Al Hikam 70

Sesiapa yang engkau lihat menjawab setiap yang disoal [dari hal al-ma‘rifah dan at-tauËÏd], dan mentakbirkan (yakni memberi takwil) setiap yang dia saksikan [pada sÏrr-nya dan kasyafnya], dan menyebut setiap yang dia ketahui [dari ‘Álam al-ghaib], maka perkara itu menunjukkan bahawa wujud kejahilan pada dirinya.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 61 - 70"

Posting Komentar