Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 21 - 30

Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 21 - 30

<a href="https://ibnuathaillahassakandari.blogspot.com">   <img src="al-hikam.png" alt="">   <strong> al-hikam.png</strong> </a>


Al Hikam 21

Permintaanmu daripadaNya adalah satu tuduhan bagiNya.

Dan permintaanmu bagiNya (yakni engkau memintaNya untuk dirimu) adalah satu keghaiban bagimu (yakni kerana engkau telah merasa ghaib) daripadaNya.

Dan permintaanmu bagi [sesuatu] yang selainNya adalah kerana sedikitnya rasa malumu kepadaNya.

Dan permintaanmu daripada yang selainNya adalah kerana wujudnya kejauhanmu daripadaNya.

Al Hikam 22

Tiada satu nafas pun yang engkau hembuskan melainkan baginya ada satu qadar (yakni ketentuan AllÁh) yang sudah terlebih dahulu ditetapkan (yakni sejak azali lagi) akan berlaku ke atas dirimu.

Al Hikam 23

Janganlah engkau ternanti-nantikan kelapangan/kekosongan daripada al-aghyÁr (yang selain daripadaNya yakni segala makhluk AllÁh) kerana perkara itu akan memotongmu daripada kewujudan al-murÁqabah (merasa awas/sedar) terhadapNya pada tempat di mana Dia telah mendirikanmu di dalamnya.

Al Hikam 24

Janganlah engkau merasa hairan kerana berlakunya segala kesukaran selama engkau masih tinggal di negeri ini (yakni selama engkau masih berada di dalam dunia ini). Kerana sesungguhnya, tiadalah ia menzahirkan melainkan apa yang memang layak bagi sifatnya dan yang wajib dari ciri-cirinya.

Al Hikam 25

Tiada akan dihentikan sebarang pencarian yang engkau cari dengan Tuhanmu, dan tiada akan dimudahkan sebarang pencarian yang engkau cari dengan dirimu.

Al Hikam 26

[Sesetengah] daripada tanda-tanda akan lulus/berjaya di tahap- tahap penamat ialah [as-sÁlik sentiasa] kembali kepada AllÁh di tahap-tahap permulaan.

Al Hikam 27

Sesiapa yang tahap permulaannya adalah terang benderang, tahap penamatnya juga adalah terang benderang.

Al Hikam 28

Apa yang tersembunyi di dalam keghaiban rahsia-rahsia batin, akan menjadi terzahir pada penyaksian perkara-perkara yang zahir.

Al Hikam 29

[Alangkah amat besarnya] perbezaan di antara orang yang berdalil denganNya dengan orang yang berdalil ke atasNya.

Orang yang berdalil denganNya (yakni orang yang mengambil kewujudan AllÁh sebagai dalil bagi kewujudan alam) telah mengenali kebenaran pada ahlinya. Maka dia pun menetapkan urusan itu daripada kewujudan asalnya.

Dan pengambilan dalil ke atasNya pula (yakni mengambil kewujudan alam sebagai dalil bagi kewujudan AllÁh) adalah [berpunca] daripada ketiadaan sampai kepadaNya (yakni sampai kepada ma‘rifah yang lebih sempurna mengenaiNya).

Dan jikalau tiadalah yang demikian, bilakah masanya Dia telah ghaib sehingga [diperlukan kepada kita] berdalil ke atasNya?

Dan [jikalau tiadalah yang demikian], bilakah masanya Dia itu jauh sehingga al-ÁthÁr (kesan-kesan, yakni seluruh makhluk di alam semesta) pula dijadikan [sebagai alat] untuk menyampaikan [kita] kepadaNya?

Al Hikam 30

"Hendaklah si empunya keluasan membelanjakan daripada keluasannya (yakni daripada keluasan rezekinya)"

[mafhum SÍrah aÇ-ÆalÁq ayat 7] adalah ciri mereka yang telah sampai kepadaNya.

"Dan dia yang telah dikadarkan ke atasnya rezekinya (yakni orang yang rezekinya adalah sempit)"

[mafhum SÍrah aÇ-ÆalÁq ayat 7] adalah ciri mereka yang sedang berjalan (yakni masih belum sampai) kepadaNya.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 21 - 30"

Posting Komentar