Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 161 - 170

 Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 161 - 170

<a href="https://ibnuathaillahassakandari.blogspot.com">   <img src="al-hikam.png" alt="">   <strong> al-hikam.png</strong> </a>

Al Hikam 161

Keinginanmu agar para makhluk (yakni manusia-manusia lain) mengetahui tentang kekhususanmu (yakni keistimewaanmu di dalam berilmu dan beramal dengan perkara-perkara seperti kezuhudan dan penyerahan diri (taslÏm), atau juga penerimaan kurniaan-kurniaan rohani seperti al-karÁmah dan al-mukÁsyafah) adalah satu dalil di atas ketidakjujuranmu di dalam ‘ubÍdiyyah-mu (kehambaanmu).

Al Hikam 162

Ghaibkanlah (yakni jadikanlah ia sesuatu yang tidak penting seolah-olah seperti habuk yang berterbangan di udara) pandangan para makhluk ke atasmu dengan [menyaksikan dengan pentakziman dan pengagungan kepada] pandangan AllÁh ke atasmu.

Dan jadikanlah dirimu ghaib dari pendekatan mereka ke atasmu dengan menyaksikan pendekatanNya ke atasmu.

Al Hikam 163

Sesiapa yang telah mengenali Yang Maha Benar (yakni AllÁh Ta‘ÁlÁ), akan menyaksikanNya pada setiap sesuatu.

Dan sesiapa yang telah fana denganNya, akan ghaiblah dia daripada setiap sesuatu.

Dan sesiapa yang telah mencintaiNya, tiadalah dia akan mengutamakan sesuatu pun ke atasNya.

Al Hikam 164

Sesungguhnya yang menghijabkan Yang Maha Benar (yakni AllÁh Ta‘ÁlÁ) daripadamu (yakni sebab yang menyebabkan dirimu tidak dapat menyaksikan Yang Maha Benar) ialah ketersangatan hampirNya denganmu.

Al Hikam 165

Sesungguhnya Dia telah menjadi [seolah-olah] terhijab kerana ketersangatan penzahiranNya, dan telah menjadi tersembunyi daripada segala penglihatan kerana keagungan cahayaNya.

Al Hikam 166

Janganlah dijadikan [doa-doa] permintaanmu itu sebagai sebab [hanya setakat] untuk [menerima] pengurniaan daripada diriNya, maka sangatlah sedikit kefahamanmu mengenai diriNya [sebagaimana yang dilakukan oleh mereka di tahap al-bidÁyah yakni permulaan].

Tetapi, jadikanlah permintaanmu itu sebagai menzahirkan kehambaan [bagi dirimu] dan juga mendirikan hak-hak ketuhanan [bagi diriNya, sebagaimana yang dilakukan oleh mereka di tahap an-nihÁyah yakni penamat].

Al Hikam 167

Bagaimanakah boleh permintaanmu yang baharu datang menjadi pula sebab untuk pengurniaanNya yang terdahulu (yakni ia sebenarnya sudah pun ditentukan sejak azali lagi, sebagaimana yang terkandung di dalam pengetahuanNya yang qadÏm, sebelum segala makhluk dan kejadian menjadi terzahir di alam raya ini)?

Al Hikam 168

Hukum (yakni ketentuan) azali itu adalah terlalu agung untuk dinisbahkan kepada sebarang sebab [yang bersifat baharu].

Al Hikam 169

PemerhatianNya kepada dirimu bukanlah kerana sesuatu [yang berasal] daripada dirimu.

Dimanakah engkau ketika pemerhatianNya berhadapan denganmu, dan ketika pemeliharaanNya berhadapan denganmu (yakni ketika Dia menentukan segala perkara pada azali lagi)?

Tiadalah (yakni belum lagi) berlaku pada azaliNya keikhlasan bagi segala amal, dan tiadalah wujud segala ËÁl (keadaan rohani), bahkan tiadalah di sana melainkan pemberianNya yang murni (yakni hanya pemberianNya jua semata-mata tanpa sebarang sebab yang berpunca daripada perbuatan atau amalan mana-mana makhluk) dan juga penganugerahanNya yang agung.

Al Hikam 170

Dia telah mengetahui bahawa segala hamba (yakni manusia) akan berhasrat kepada penzahiran rahsia bagi pemerhatian itu (al- ‘inÁyah), maka Dia telah berfirman [SÍrah Al-Baqarah ayat 105 yang bermafhum "Dia mengkhaskan rahmatNya kepada siapa yang Dia kehendaki".

Dan Dia telah mengetahui bahawa jika Dia tinggalkan mereka pada perkara itu, mereka akan meninggalkan beramal kerana [ingin] bergantung [hanya] kepada [apa yang telah ditentukan pada] azali, maka Dia telah berfirman [SÍrah Al-A‘rÁf ayat 56 yang bermafhum], "Sesungguhnya rahmat Allah itu adalah dekat kepada orang - orang yang melakukan kebaikan."

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Al Hikam Ibnu Athaillah As Sakandari | 161 - 170"

Posting Komentar